Hakim-hakim di negara boleh tersenyum apabila mereka bakal menikmati kenaikan gaji yang tinggi bermula 1 januari 2026.
Melalui warta kerajaan yang diterbitkan pada 24 Disember lalu, seramai 150 hakim bakal menikmati kenaikan gaji ini.
Gaji Ketua Hakim Negara kini dinaikkan kepada RM46,800 sebulan berbanding RM36,000 sebelum ini. Presiden Mahkamah Rayuan pula menerima gaji baharu RM40,950 berbanding RM31,500 sebelum ini.
Gaji Ketua Hakim Malaya serta Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, kedua duanya kini diseragamkan pada RM39,650. Sebelum ini, kedua jawatan ini menerima kadar gaji yang berbeza.
Hakim Mahkamah Persekutuan kini memperoleh RM37,050, meningkat daripada RM28,500. Hakim Mahkamah Rayuan pula menerima RM35,750, manakala hakim Mahkamah Tinggi menerima RM34,450.
Pesuruhjaya kehakiman yang berkhidmat secara kontrak juga tidak terkecuali apabila gaji mereka dinaikkan kepada RM33,150. Ini menjadikan keseluruhan struktur gaji kehakiman lebih tersusun dan seimbang.