Tidak tahu guna ATM, lelaki kerugian RM1,000 ‘dirembat’ polis bantuan

Oleh KIM SYAZIE

Wang berjumlah RM1,000 lesap dari akaun milik seorang lelaki asal Sibu, Sarawak setelah meminta pertolongan polis bantuan untuk mengeluarkan wang.

Kejadian tersebut bermula apabila isteri lelaki terbabit memintanya untuk mengeluarkan wang tunai sebanyak RM200 dari akaun mereka.

Apabila sampai di Mesin Teler Automatik (ATM), lelaki tersebut memohon bantuan daripada polis terbabit kerana kurang mahir untuk menggunakan mesin itu.

Setelah pulang ke rumah, anak lelaki itu memeriksa akaun milik ibu bapanya dan mendapati wang berjumlah RM1,000 turut ditolak daripada baki akaun.

Isterinya segera pergi ke bank untuk mendapatkan kepastian dan mengesahkan transaksi itu berlaku tanpa pengetahuan dia dan suaminya.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Cina, wanita itu segera mengambil tindakan dengan melaporkannya di balai polis berdekatan.

Baca Artikel Penuh