Era baharu kini, kewujudan mata wang kripto tidak asing lagi bagi masyarakat yang celik ekonomi dunia.
Sebelum ini kita ada mendengar beberapa mata wang kripto telah pun dilancarkan di Malaysia. Kini, Malaysia kini mempunyai satu lagi nama kriptowang baru yang dinamakan RMJDT melalui syarikat Bullish Aim Sdn Bhd yang dipengerusikan oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
RMJDT, ialah stablecoin yang ditambat kepada nilai matawang fiat Ringgit Malaysia dan dihasilkan melalui sebuah rantaian blok Lapisan-1 teras oleh Zetrix, iaitu syarikat teknologi digital yang menyokong Infrastruktur Rantaian Blok Malaysia (MBI) kebangsaan.
“Visi kami supaya stablecoin ini menjadi standard bagi pembayaran berasaskan kripto di Malaysia — memperkasakan perniagaan, pengguna, dan inovator dengan cara yang lebih pantas, lebih selamat, dan lebih cekap untuk berurus niaga,” kata pengarah urusan Bullish Aim Lion Peh, dalam kenyataan pada Selasa.
RMJDT akan dikeluarkan di Zetrix–teknologi yang menyokong inisiatif yang dipanggil Infrastruktur Blok Rantai Malaysia, platform sokongan kerajaan untuk perkhidmatan digital yang diperkenalkan pada April.