Tular gambar sampul ‘Urusan Seri Paduka Baginda’, ramai dakwa pernah kena taktik ini

Oleh MALAYSIADATELINE

Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa curiga selepas mendakwa menerima mesej dengan gambar sampul surat yang menggunakan nama ‘Urusan Seri Paduka Baginda’.

Perkongsian itu tular selepas individu berkenaan memuat naik gambar sampul surat tersebut bersama tangkap layar perbualan WhatsApp yang mempersoalkan asal-usul kiriman berkenaan.

Menurutnya, dia mula berasa pelik apabila melihat rekaan sampul yang didakwa tidak menyerupai surat rasmi agensi kerajaan seperti kebiasaan.

“Benda bodoh apa ni sial? Guna nama atas urusan Seri Paduka Baginda? Ingat aku bodoh sangat ke tahu sampul surat rasmi macam mana,” tulisnya menerusi hantaran di media sosial.

Dalam tangkap layar perbualan itu, individu terbabit turut mempersoalkan sumber surat berkenaan dan mengesyaki ia mungkin berkaitan pihak tertentu yang cuba menakut-nakutkan penerima.

“Dari mana? Sampul gov (kerajaan) bukan macam tu. Nak aku tunjuk ke sampul urusan Seri Paduka Baginda macam mana?

“Kau dari debt collector mana? Aku nak buat laporan,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, malah ada yang berkongsi ia bukanlah perkara baru kerana ada yang pernah menerima gambar sama.

“Dari tahun 2025 lagi dah bang mereka guna gambar yang sama,” komen seorang pengguna Threads.

“Aku dah kena tadi, cakap nak jumpa nak bagi dokumen, katanya dia tu ‘dispatch’. Dia siap amil gambar dokumen tu pastu aku cakap bank tak guna ‘dispatch’ untuk hantar dokumen.

“Dia tak puas hati suruh aku hubungi nombor dekat ‘sticky note’, akhirnya aku cakap ‘maaf saja layan, salah nombor’. Terus dia koyak kata aku ‘game’ dia tengah buar kerja,” komen seorang lagi pengguna Threads.

“Kadang pelik dengan scammer ni.. Betapa rendah level IQ mereka ek.. Kalau ya pun nak jadi scammer, buat la dokumen yang 1:1 copy original punya,” ujar seorang lagi pengguna Threads.

Baca juga: Dato Sri Abdul Halim dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru