Seorang guru disyaki mengumpan anak murid lelakinya untuk bermalam di hotel sebelum melakukan hal tidak senonoh kepada kanak-kanak tersebut
Menurut Harian Metro, kanak-kanak berusia 12 tahun itu sudah menjadi mangsa guru terbabit sudah lama dan hanya diketahui keluarga sekitar bulan Julai lalu.
Lebih mengejutkan ibu mangsa juga melihat video perbuatan guru terbabt yang dihantar kepada anaknya.
“Anaknya kemudian menceritakan apa yang berlaku di mana dia dipaksa guru terbabit.
“Terbaru suspek sekali lagi membawa anaknya ke sebuah hotel lain di Genting Higlands pada 8 September lalu selepas habis waktu sekolah,” katanya.
Sumber berkata, ibu mangsa menghubungi guru terbabit selepas menyedari anaknya tidak pulang ke rumah.
Suspek bagaimanpun memberitahu dia dalam perjalanan ke sana bersama anaknya.
“Malah ibunya turut meminta guru terbabit menghantar anaknya pulang semula namun tidak diendahkan.
“Susulan itu, dia melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah sebelum pengurusan sekolah menasihatkannya membuat laporan polis,” katanya,
Bimbang dengan keselamatan anaknya mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Petaling, kelmarin untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) akta kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 (pindaan 2023),” katanya
Baca juga: Diumpan dengan tawaran kerja, remaja lelaki diliwat dan dikurung selama 10 hari!