Ustaz Ebit Lew bawa anak punk bersolat

Oleh KIM SYAZIE

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi pengalamannya bertemu dengan golongan punk di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Menerusi kemaskini di Facebook miliknya, Ebit meluahkan rasa terkejut dan sebak melihat keadaan dua anak punk yang penuh tatu di badan sehingga mata putih pun kelihatan tatunya.

Walaupun berpewatakan seperti ganas, Ebit tidak menyangka anak-anak punk yang ditemuinya itu menangis ketika diajak berbual dan berkongsi nasihat.

Difahamkan, dua anak punk tersebut hanya tinggal di bawah jambatan dan hidup merata.

“Sebak sayu rasa jumpa dua orang anak punk ini di Jakarta. Tatu penuh sampai mata putih pun bertatu. Mula-mula tengok rasa terkejut. Nampak ganas je di jalan. Terus ajak berbual-bual dan berkongsi nasihat. Tak sangka mereka menangis,” katanya.

Pada masa sama, Ebit juga memberitahu bahawa mereka membuat pengakuan kali terakhir mereka solat adalah ketika mereka kanak-kanak dan semakin menginjak dewasa, mereka sudah tidak solat lagi.

Baca Artikel Penuh