Pengasas FashionValet Sdn Bhd, Vivy Yusof dan suaminya, Fadzarudin Shah Anuar dibenarkan untuk mendapatkan pasport antarabangsa buat sementara.
Mahkamah Sesyen membenarkan perkara itu selepas kedua-dua usahawan kontroversi terbabit memohon untuk menghadiri program Islamik di Istanbul serta Bosnia.
“Mahkamah membenarkan permohonan itu dan pasport diserahkan kepada kedua-dua pemohon hari ini. Ia perlu dikembalikan kepada mahkamah pada 13 Nov,” kata Hakim Rosli Ahmad.
Peguam Shaarvin Raaj mewakili pasangan berkenaan untuk mendapatkan pasport mereka bermula semalam hingga 12 November nanti.
Terdahulu, Shaarvin berkata, dua anak guamnya akan menghadiri program “Islamic Historical Retreat to Istanbul-Bosnia with Sheikh Wael Ibrahim” dari 4 hingga 11 November ini.
Sebelum ini, mahkamah turut membenarkan permohonan Vivy dan suaminya mendapatkan pasport bagi menunaikan umrah pada Disember 2024.
Baca juga: MOTAC terima teguran PM, akui kesilapan