Walaupun banyak kes curang, lelaki Malaysia tetap terpilih nombor 1 di Asia sebab setia

Oleh KIM SYAZIE

Sering disajikan dengan berita lelaki curang, siapa sangka kajian membuktikan bahawa lelaki Malaysia adalah yang paling setia di Asia.

Penemuan itu berasaskan satu kaji selidik yang dijalankan oleh aplikasi janji temu atas talian yang popular di Asia, Just Dating.

Kajian tersebut menunjukkan peratusan curang di kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan aplikasi itu antara yang paling rendah di benua Asia.

Hasilnya, rakyat Malaysia mendapat jolokan negara yang paling setia dari aplikasi terbabit berdasarkan keputusan soal selidik itu.

Kajian tersebut turut mendapati 50 peratus responden lelaki memilih untuk memaafkan pasangan mereka yang berlaku curang.

Manakala, 70 peratus pengguna wanita dari Malaysia akan segera angkat kaki untuk keluar dari hubungan sekiranya pasangan mereka tidak setia.

Baca Artikel Penuh