Wanita dari UK ini curi-curi rakam suasana lengang di Starbucks, kagum lihat kuasa boikot rakyat Malaysia 

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita dari United Kingdom kagum melihat semangat solidariti umat Islam di Malaysia yang terus memboikot kedai kopi popular, Starbucks.

Starbucks adalah perusahaan kedai kopi terbesar di dunia yang didirikan di Amerika Syarikat (AS) dan kini menerima tempias dari gerakan boikot yang digerakkan besar-besaran oleh orang ramai di seluruh dunia.

Boikot terhadap Starbucks bermula selepas rangkaian kopi antarabangsa itu bertindak mengheret sebuah kesatuan pekerja ke mahkamah selepas sebuah pekerjanya menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.

Starbucks juga dalam satu kenyataan sekitar Oktober 2023 menuduh kesatuan tersebut menyokong “keganasan yang dilakukan oleh Hamas”.

Oleh sebab itu rakyat seluruh dunia melancarkan boikot besar-besaran terhadap jenama itu biarpun Starbucks Malaysia sudah menafikan kaitan mereka dengan Starbucks US.

Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, seorang wanita berminat untuk melihat sejauh mana solidirati Malaysia terhadap umat Islam yang ditindas di bumi Gaza.

Baca Artikel Penuh