Seorang pakar IT yang dilapor “cuti sakit tanpa bekerja” selama 15 tahun, memfailkan tindakan undang-undang kepada syarikatnya kerana tidak memberi kenaikan gaji, lapor Oddity Central.
Dilaporkan, Ian Clifford tetap menerima gaji bulanan walaupun MC sejak 2008. Di dikatakan telah dibayar gaji tahunan sebanyak USD67,500 (RM305,400) sebagai sebahagian daripada pelan hilang upayanya dengan majikannya.
Ian menganggap majikannya iaitu syarikat teknologi gergasi IBM, Amerika Syarikat melakukan diskriminasi ke atas kecacatannya dengan tidak menaikkan gajinya.
Ian juga mendakwa bahawa gajinya tidak mencukupi kerana berdepan dengan inflasi yang dihadapinya.Ian tidak melakukan sebarang pekerjaan untuk syarikat itu dalam tempoh 15 tahun, namun tetap akan terus menerima gaji tahunannya sehingga bersara atau meninggal dunia, mengikut pelan hilang upaya IBM.
Pada September 2008, Ian bercuti sakit sehingga 2013 dan mula membangkitkan rungutan mengenai gajinya untuk tempoh lima tahun dan tidak menerima kenaikan gaji.
IBM akhirnya menawarkan pakar IT itu ‘perjanjian kompromi’ yang membolehkannya dimasukkan ke dalam pelan hilang upaya syarikat dengan bayaran gaji terjamin.
Ia termasuk tiada kewajipan untuknya bekerja sehingga pemulihan, persaraan atau kematian.
Mengikut pelan tersebut, Ian Clifford akan dibayar sebanyak 75 peratus daripada gaji yang dipersetujuinya sebanyak USD54,028 (RM235,000) selama 15 tahun yang lalu.
Bayaran yang diperolehinya itu dibuat tanpa sebarang pekerjaan dilakukannya serta bayaran sebanyak 8,685 pound sterling (RM48,000) untuk menyelesaikan pertikaian gaji percutiannya pada 2013.
Ada yang menganggap ini sebagai ‘perjanjian manis’, namun pada tahun lepas, pekerja IT itu cuba menyaman IBM di mahkamah pekerja UK.
Walau bagaimanapun, mahkamah akhirnya telah menolak dakwaan dan tuntutan saman oleh Ian itu.
Baca juga: Gara-gara turap jalan sendiri tanpa persetujuan, sukarelawan kini diburu polis