16 stesen LRT ditutup, satu petisyen dilancarkan minta Pengurusan Prasarana berundur

Oleh NASUHA RAHMAN

Susulam 16 stesen LRT ditutup, sebilangan besar rakyat Malaysia memberi tekanan kepada lembaga pengarah dan pemimpin utama Prasarana untuk berundur dan menukar kepimpinan melalui satu petisyen yang telah dilancarkan.

Petisyen dalam talian bertajuk ‘PENGERUSI, PGCEO DAN Ketua Pegawai Eksekutif PRASARANA TURUN’ telah semakin mendapat perhatian.

Sehingga kini sudah 3256 orang telah menandatangani petisyen ini.

Di dalam sidang media sebelum itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Mohd Azharuddin Mat Sah menjelaskan punca gangguan serta penutupan stesen LRT

“Ini adalah perkara serius yang tidak pernah dilihat sebelum ini.”

Beliau juga memohon maaf bagi pihak Prasarana dan RapidKL atas gangguan itu dan berkata mereka sedang meneliti bagaimana mereka boleh membayar pampasan dan membayar balik penumpang yang telah terjejas akibat gangguan itu.

Baca Artikel Penuh