Nak pasang aircond mahal, lelaki kreatif buat sistem sembur air atas bumbung- “hidup di kampung kena bijak”

Oleh WAN SITI AMINAH

Tidak mampu membayar bil penghawa dingin yang terlalu mahal, seorang lelaki giat mencari alternatif lain untuk menghadapi cuaca panas.

Mampu menjimatkan wang, lelaki berkenaan berjaya mencipta satu sistem yang menurunkan suhu serta bahang di dalam rumah.

Mengambil inspirasi dari sistem siraman di kebun tanaman, bapa yang berusia 57 tahun itu membuat satu pancuran air menghala ke atas bumbung.

Berbekalkan sedikit ilmu dalam bidang pertukangan, Ahmad Tarmizi Karjah membina sistem berkenaan dengan kos keseluruhan tidak melebihi RM100.

“Rumah saya rumah kampung, atap zink. Lagilah terasa bahangnya. Jadi timbullah idea untuk sejukkan bumbung dengan gunakan pancuran air.

“Saya guna barang-barang lama yang sedia ada, yang pancuran tu beli dekat kedai hardware. Tak lama pun nak buat, sekitar satu jam sahaja.

“Kalau paip utama dekat dengan rumah, hanya sekitar 10 meter batang paip diperlukan (untuk membina pancuran),” katanya.

@akusimpleje

Sebabtu my bapak is everything die tak kaya tak boleh bagi itu ini. Tapi die cuba buat benda yang terbaik untuk bagi kami selesa. Kan dah tak panas rasa macam tenang je hari2 hujan tak panas😂 #fyp #lalufyp #fypbesar #fypbesarbesaran #tipsmusimpanas

♬ Very cute melody by marimba tone(39813) – Mitsu Sound

Menurut Tarmizi, walaupun sistem ini bakal meningkatkan penggunaan air, pengguna boleh cuba berjimat dengan membukanya secara berkala.

Membuka pancuran ketika cuaca panas sahaja, air yang turun dari atap pula boleh ditadah untuk kegunaan lain seperti menyiram pokok.

Baca juga: Kerap tahan kencing, doktor jumpa batu karang bentuk halia dalam badan wanita