3 beg tangan termahal di dunia, salah satunya milik isteri bekas perdana menteri Malaysia?

Oleh KIM SYAZIE

Untuk mereka yang tidak tahu, syarikat beg tangan Birkin pernah mengeluarkan rangkaian beg tangan mereka yang termahal dan sukar didapati.

Setakat ini ada tiga jenis beg tangan yang dikatakan agak sukar untuk dimiliki walaupun oleh orang kaya. Ianya sehingga kini menjadi kegilaan golongan berada.

Salah satu dari tiga beg tangan Birkin ini dikatakan pernah dibeli oleh isteri bekas perdana Menteri Malaysia. Ia dikatakan bernilai ratusan ribu ringgit. Jom lihat!

1. Hermes Birkin Beg dari Ginza Tanaka berharga RM5.5 Juta.

Beg Hermes Birkin ini direka oleh pereka yang berasal dari Jepun iaitu Ginza Tanaka, beg tangan ini adalah yang termahal di dunia dengan harganya mencecah RM5.53 Juta.

Beg tangan ini diperbuat daripada platinum dan dihiasi keindahan dengan 2,000 butir berlian pada bahagian luaran bersama batu 8 karat di bahagian tengah beg yang boleh ditanggalkan untuk dijakikan keronsang.

Tali beg berkenaan boleh ditanggalkan untuk dijadikan rantai leher! Menarik bukan?

2. Niloticus Crocodile Himalaya Birkin berharga RM1.5 Juta.

eg Birkin Himalayan ini adalah sangat berkualiti kerana beberapa sebab. Beg ini bukan sahaja diperbuat daripada kulit buaya Niloticus, malah ianya mengambil masa yang sangat lama dalam mewarnakannya.

Beg tangan ini direka bagi membangkitkan imej Gunung Himalaya yang tersangat megah. Di mana warnanya terdiri daripada warna coklat gunung tersebut dan warna putih daripada puncak awan salji. Semakin halus warnanya semakin sukar beg ini untuk dihasilkan.

3. Fuchsia Diamond Studded Hermes Birkin Berharga RM877 Ribu.

Jenis beg Hermes Birkin yang ini adalah antara beg yang bersaing sesama sendiri apabila dapat memecahkan rekodnya sendiri apabila ianya merupakan antara beg yang termahal dapat dijual.

Beg Hermes Birkin ini berwarna Fuchsia dan ianya akan berkilau disebabkan berlian-berlian putih dan emas 18 karat.

Pada 2015, beg ini dilelong di Hong Kong dengan harga RM877 Ribu dan sekaligus menjadikannya beg Hermes Birkin yang ketiga paling mahal di dunia. Beg ini juga dikatakan sama dengan beg tangan milik isteri bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.

Baca juga: Sedap makan kaki ayam pedas di Korea, sekali dah habis baru perasan ada usus, kepala babi dekat sebelah