3 pegawai polis ditahan, sempat rembat RM85,000 ketika buat serbuan ‘Mini Dhaka’

Oleh WAN SITI AMINAH

Seramai tiga pegawai polis dipercayai dari unit Gerakan Am Bridged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang sebanyak RM85,000.

Wang tersebut dicuri pegawai berkenaan daripada sebuah premis perniagan semasa menjalankan operasi bersepadu di Jalan Silang, Kuala Lumpur, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata ketiga-tiga pegawai yang berumur 26, 30 dan 35 tahun itu direman selama empat hari bermula kelmarin.

Difahamkan, pegawai itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan orang ramai dilarang membuat spekulasi, lapor Astro Awani.

“Pada 12.36 tengah malam Jumaat lalu, polis menerima laporan tentang kehilangan wang tunai berjumlah RM85,000 di sebuah premis perniagaan di Lebuh Pudu ketika operasi bersepadu membanteras warga asing yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Kes ini masih dalam siasatan dan orang awam diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menimbulkan kegusaran awam,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Baca Artikel Penuh