Sheila Rusly buat netizen ‘jealous’ lagi, kongsi momen anak menantu suka lepak bilik mentua

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly sekali lagi mencuri perhatian ramai menerusi perkongsian terbaharunya di Threads, menunjukkan hubungan akrab bersama menantu-menantunya.

Dalam hantaran tersebut, Sheila memuat naik dua keping gambar yang menunjukkan kedua-dua menantu perempuannya sedang bersantai di dalam biliknya.

Dia berseloroh menerusi kapsyen: “Mertua to mertua. Anak menantu kalau balik rumah suka lepak bilik dia orang je ke? Anak menantu kita suka lepak bilik kita.”

Perkongsian ringkas itu pantas mendapat perhatian warga maya, lebih-lebih lagi kerana Sheila sememangnya sering menjadi contoh hubungan harmoni antara ibu mentua dan menantu.

Ruangan komen pula dibanjiri pelbagai reaksi positif daripada netizen yang mengagumi keakraban keluarga tersebut. 

Ramai cemburu melihat hubungan mesra yang terjalin, malah ada yang menjadikan Sheila sebagai contoh untuk menjadi ibu mentua terbaik.

Baca juga: Ringgit Malaysia terkuat! Netizen Indonesia tolak alasan konflik global buat Rupiah jatuh ke paras terendah