3 pemimpin NGO Islam dalam senarai FBI, KDN cuba dapatkan gambaran tepat

Oleh MAISARAH AISYA

Semakin banyak kes melibatkan mereka yang aktif menyebarkan tentang peperangan di Gaza dicari oleh pihak berkuasa luar negara.

Sebelum ini seorang wanita disoal siasat sejurus tiba di lapangan terbang antarabangsa Singapura berikutan hantarannya menyertai protes jalanan menyokong Palestine semasa berada di Jepun.

Terbaru media melaporkan, tiga pemimpin daripada NGO Islam berasingan dari Malaysia yang aktif dalam menguruskan bantuan ke Asia Barat disenaraikan dalam Pusat Saringan Pengganas (TSC) oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Memetik Bernama, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mendapatkan gambaran tepat dan akan menyemak fakta berkaitan tiga pemimpin tersebut.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan beliau sudah menghubungi Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berhubung perkara itu.

“Saya pun baru mengetahui perkara itu dua hari lepas dan sudah menghubungi Ketua Polis Negara untuk dapat gambaran tepat.

Baca Artikel Penuh