Orang ramai perlu lebih peka dalam proses mengambil anak angkat, seharusnya anak tersebut perlu dimaklumkan mengenai status mereka.
Jika tidak, buat anak angkat perempuan mungkin akan alami masalah yang sama dengan wanita ini.
Menerusi perkongsian di Facebook, Peguam Syarie Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkongsi kisah wanita yang dinikahkan adik angkatnya.
Selepas tiga tahun melayari bahtera perkahwinan, si adik terkejut melihat nota bersama sijil lahir kakak dalam laci meja arwah ibu mereka.
Satu hari adik lelaki wanita ini berjumpa dia dan penuh perasaan pucat katanya sambil memegang sepucuk surat tulisan tangan yang nampak seperti gaya penulisan orang lama.
Surat tersebut menyatakan bahawa ada seorang lelaki bernama Manaf (bukan nama sebenar) menyerahkan bayi perempuan kepada bapanya kerana mereka tidak mampu untuk menjaga ramai anak.
Sangsi dengan surat tersebut, wanita tersebut terus mendapatkan bapa saudara sebelah ibunya. Pak ciknya inilah yang banyak bantu mereka selepas kematian ibu.
Kata pak ciknya, dahulu, mak dengan ayahnya pernah lari membawa diri bertahun lamanya kerana perkahwinan tak dapat restu keluarga.
Selepas mereka pulang ke kampung, mereka membawa bersama anak kecil umur lebih kurang lima tahun iaitu wanita tersebut.
Dalam sijil kelahiran dia, namanya dibintikan kepada arwah bapanya. Cuma ada sikit keraguan bila maklumat bapa dalam sijil tersebut ditulis ‘maklumat tidak diketahui’.
Cuma, dia tidak syak apa-apa ketika itu sebab namanya berbintikan kepada arwah bapanya.
Selepas membuat ujian DNA bersama adik, maka lagi kuatlah bukti mereka bukan adik-beradik yang sah.
Kepada mereka yang masih merahsiakan status anak angkat, maklumlah kepada mereka kerana situasi ini mungkin terjadi apatah jika anda pergi terlebih dahulu.
Baca juga: “Boleh ‘cuci’ duit”, masjid tuai perhatian lepas sedia tabung wang tidak patuh syariah