4 dekad dalam dunia hiburan, Hattan umum bakal bersara, kongsi bakal sepentas dengan M. Nasir

Oleh MAISARAH AISYA

Setiap penyanyi dan pelakon pastinya ada had umur untuk berhenti dari dunia seni dan menjalani kehidupan biasa.

Selepas hampir empat dekad bekerja sebagai penyanyi, Datuk Hattan memaklumkan bakal bersara pada Jun depan.

Menurut Kosmo, antara impian Hattan adalah untuk beraksi bersama penyanyi lagenda, Datuk M. Nasir.

“Saya akan bersara pada Jun depan, jadi saya punya impian dulu masa mula-mula terbabit dalam industri ini, saya mahu belajar dengan Datuk M (M. Nasir)

“Dan (sekarang) saya akan bersara selepas dapat beraksi dengan Datuk M, itu impian saya dan baru kini dapat beritahu.

“Bulan enam kiranya konsert terakhir, konsert ‘farewell’ ‘(selamat tinggal), tapi tengah bincang,” katanya seperti dipetik Kosmo.

Baca Artikel Penuh