Ketika orang ramai khasnya musuh-musuh politik beliau sentiasa menyerangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan sikal ‘cool’ beliau dengan segala karenah itu.
Semalam, ketika media melaporkan satu lagi dakwaan dihadapkan kepada beliau oleh bekas pembantunya, Anwar menyiarkan gambar beliau dan anaknya santai memetik cili yang mula masak di perkarangan rumahnya.
“Petik cili yang dah masak petang tadi. Alhamdulillah,” tulis Anwar melalui Instagram beliau sambil menyiarkan gambar beliau bersama anak perempuan.
Semalam, bekas pembantu penyelidikan, Muhammad Yusoff Rawther memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Anwar berhubung dakwaan salah laku seksual pada Oktober 2018.
Yang peliknya tidak ada sebarang dakwaan dari pihak berkuasa terhadap Anwar dalam kes ini tetapi tindakan diambil oleh Yusoff melalui saman sivil.
Pernyataan saman tersebut turut mengandungi butiran terperinci serangan seksual yang didakwa berlaku di sebuah kediaman di Bukit Segambut sewaktu bertugas sebagai pembantu penyelidikan kepada Presiden PKR itu.
Dalam pernyataan tuntutannya, Yusoff memohon deklarasi bahawa defendan (Anwar) melakukan serangan seksual dan/ atau beberapa perbuatan pencerobohan terhadapnya sehingga dia mengalami trauma dan perlu mendapatkan khidmat terapi psikologi.
Dakwaan sebegini sentiasa datang ketika sesuatu perkara penting akan berlaku kepada negara yang melibatkan Anwar.
Kelmarin Parlimen Malaysia menghantar notis sidang Parlimen yang akan bermula 26 Julai ini selama lima hari.
Ia diadakan selepas tiga kali Yang Dipertuan Agong menitahkan agar Parlimen bersidang segera dengan yang terakhir menetapkan ia perlu diadakan sebelum 1 Ogos 2021.