15,764 kes baharu, lima negeri catat lebih 1,000 kes

Oleh KIM SYAZIE

Kerajaan merekodkan sedikit pengurangan kes positif baharu berbanding semalam dengan sebanyak 15,764 kes setakat hari ini.

Ini menjadikan keseluruhan kes dalam negara sebanyak 1,146,186 kes.

Selangor terus mencatatkan peningkatan dengan 6,067 kes, dengan diikuti empat lagi negeri iaitu Kuala Lumpur sebanyak 1,536 kes, manakala Johor 1,222, Sabah 1,166 dan Kedah 1,108 kes.

Sementara itu, Negeri Sembilan (862 kes), Perak (748), Pulau Pinang (667), Kelantan (552), Pahang (475), Melaka (463), Terengganu (425), Sarawak (411), Putrajaya (46), Perlis (9), Labuan (7).