Saya tidak mahu digugurkan kes dengan sokong Mahiaddin, “Boleh tanya Xevier”

Oleh BORHAN AHMAD

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak mahu menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sebagaimana yang dilakukan oleh mereka yang mahu digugurkan kesnya.

“Dah terbukti pun bahawa mereka yang mahu kes digugurkan sedangkan cara terbaik untuk gugurkan ialah dengan membodek dan bukan melawan dia.

“Boleh tanya Xavier, Menteri kanan tak HD, Tok Pa dan lain-lain,” kata Najib .

Lagipun, katanya, nama seseorang tidak dapat dibersihkan sepenuhnya sekiranya kes digugurkan begitu sahaja.

“Perlu melalui proses perbicaraan penuh dan telus supaya kebenaran-kebenaran boleh muncul,” katanya.

Dalam sidang medianya tengahari tadi, Mahiaddin berkata, ada pihak yang meminta beliau campurtangan kes mereka di mahkamah sedangkan beliau enggan berbuat demikian.

Sebelum ini, bekas Menteri Tenaga dan Air kerajaan Pakatan Harapan, Dr Xevier Jayakumar telah bertindak keluar dari PKR selepas pelbagai tuduhan dihalakan kepada beliau.

KEGAGALAN WORLD-CLASS

Najib juga berkata, tidak ada sebab untuk beliau menyokong Mahiaddin Yassin dan kerajaannya kerana kegagalan mereka sudah bertaraf dunia.

“Kenapa pula saya nak sokong lagi mereka yang gagal tahap world-class sehingga terlalu ramai nyawa terkorban?

“Kenapa pula saya nak sokong mereka yang jelas derhaka pada Raja-Raja Melayu?” kata Najib dalam satu kenyataannya menerusi Facebook.