Setelah membaca pernyataan rasmi beliau secara keseluruhannya, saya perlu menyatakan bahawa terdapat terlalu banyak persoalan yang membingungkan di dalam fikiran saya.
Sebagai permulaan, pernyataan itu, dengan penuh hormat, mengandungi banyak fakta yang boleh dipersoalkan.
Malah, boleh dikatakan bahawa pernyataan beliau tersebut menghasilkan lebih banyak persoalan daripada jawapan dan lebih banyak masalah daripada penyelesaian.
Dalam pernyataan rasminya, Tan Sri Mahiadin mendakwa beliau telah menunjukkan kepada YDPA bahawa beliau memiliki majoriti yang cukup maka isu peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri tidak timbul.
Untuk berlaku adil, beliau mengakui bahawa hak perlembagaannya untuk berkhidmat di pejabat Perdana Menteri telah dipertikaikan.
Yang paling membingungkan dari pengumuman PDF beliau itu adalah mengenai hal yang berikut. Setelah mendakwa beliau memiliki majoriti yang cukup sebagai Perdana Menteri sekali gus membuktikan keabsahan beliau untuk memegang jawatan tersebut kepada YDPA, beliau bagaianapun memilih untuk hanya bersedia membuktikan angka majoriti sokongan tersebut di Parlimen pada bulan September akan datang.
Lebih mengejutkan, menurut Mahiadin, YDPA telahpun memberikan perkenan kepada semua cadangannya yang disebutkan di atas.
Persoalan pertama, sekiranya andaian beliau yang mengatakan yang sebenarnya beliau benar-benar memiliki majoriti seperti yang diperlukan, mengapakah beliau harus menunda proses untuk membuktikan majoriti tersebut hingga ke bulan September? Mengapa tidak sekarang?
Apakah sebenarnya yang benar-benar menghalang Mahiadin untuk membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa beliau telah memperolehi majoriti yang cukup banyak- seperti yang digembar-gemburkan itu?
Sebagai seorang Perdana Menteri yang sukar untuk membuktikan angka majoriti beliau di Parlimen – sehingga menimbulkan keraguan yang sah mengenai kelayakab perlembagaannya untuk memegang jawatan tersebut, logik menyatakan perkara pertama yang perlu beliau lakukan adalah membuktikan majoritinya SEKARANG dan bukan pada bulan September.
Jika beliau dengan penuh yakin menyatakan kepada YDPA yang beliau sudah pun mempunyai angka majoriti tersebut, kenapa perlu khuatir untuk menguji keabsahan beliau sebagai PM yang sah sekarang?
Adakah kerajaan pimpinan Mahiadin sekali lagi ingin cuba menipu atau mengelirukan YDPA pada sekali lagi ?
Lebih parah lagu, kekurangan majoriti sekali gus kekurangan legitimasi beliau di Parlimen kini telah jelas terbukti apabila beberapa orang ahli Parlimen UMNO pada hari ini telah pun mengumumkan penarikan balik sokongan mereka kepada Mahiadin.
Dengan itu, persoalan mengenai kehilangan majoriti ke atas Mahiadin adalah tidak boleh disangkal lagi.
Maka, suka atau tidak, beliau tidak lagi mempunyai apa-apa pilihan. Beliau mesti bertindak segera bagi membuktikan majoriti bilangan Ahli Parlimen yang benar benae menyokong beliau sekarang dan bukan pada bulan September nanti.
Tidak perlu diperingatkan kembali bahawa negara ini amatlah memerlukan pemerintahan yang stabil khususnya pada waktu genting ini, agar negara ini mampu bergerak keluar dari kancah ketidaktentuan politik semasa.
Malaysia perlu meningkatkan semula ekonomi negara dengan menarik pelabur dan meningkatkan FDI. Memperkukuh ekonomi, antara lain, memerlukan keyakinan pelabur.
Rakyat Malaysia sudah tidak mampu membiarkan pemerintah di bawah pimpinan Mahiadin untuk bertahan walau satu hari, jauh sekali hingga bulan September.
Pemerintahan yang stabil diukur ,antara lain, dengan mempunyai Perdana Menteri yang mempunyai sokongan yang meyakinkan di Parlimen.
Justeru itu, jika isu keabsahan pemerintahan Mahiadin ini masih terus menerus diragukan dan dipertikaikan, adalah mustahak untuk isu-isu tersebut ditangani dengan segera.
Permasalahan melibatkan Perlembaagan Persekutuan tidak boleh ditangguhkan dan ianya perlu diselesaikan dengan kadar segera.
Negara Malaysia kini sedang diperhatikan oleh seluruh dunia.
Adakah kita sudah bersedia untuk menjadi bahan ketawa sekali lagi?
September itu terlalu jauh dan terlalu lewat.
————
Penulis adalah ahli parlimen Sepang.