Terdapat 9,066 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini sekali gus mencatat angka harian bawah 10,000 selepas lebih dua bulan merekodkan lima digit jangkitan Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kumulatif Covid-19 di negara kini sebanyak 2,277,565 kes.
Sarawak merekodkan angka tertinggi kes baharu dengan 1,418 jangkitan hari ini diikuti Selangor (1,000), Johor (981); Terengganu (827); Kelantan (796); Sabah (767); Kedah (670); Perak (669); Pahang (630) dan Pulau Pinang (620).
Seterusnya, Melaka mencatat 206 kes baharu disusuli Kuala Lumpur (201); dan Negeri Sembilan (191).
Sementara itu, dua negeri melaporkan dua digit jangkitan baharu Covid-19 iaitu Perlis dengan 66 kes dan Putrajaya 24 kes manakala tiada kes baharu di Labuan.