AMANAH Balik Pulau turun padang bantu mangsa banjir di Selangor

Oleh KIM SYAZIE

Jarak perjalanan yang jauh antara Pulau Pinang dan Parlimen Kota Raja tidak menjadi penghalang kepada AMANAH kawasan Balik Pulau untuk turun padang menghulurkan bantuan dan keringat bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat di kawasan terbabit.

ADUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz bersama dengan pasukan AMANAH kawasan Balik Pulau dipecahkan kepada dua kumpulan bagi membantu mangsa di Kampung Johan Setia dan Kampung Maznah dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Kota Raja.

Mereka bukan sahaja membantu penduduk membersihkan rumah yang amat teruk terkesan ekoran banjir tetapi juga mendapati banyak barangan dan kenderaan juga rosak teruk.

Turut juga diedarkan ialah makanan yang berupakan Roti Gardenia kepada penduduk sekitar kawasan terbabit.