Tun Dr Mahathir Mohamad akan dibenarkan discaj dari Institut Jantung Negara (IJN) dalam tempoh beberapa hari akan datang.
IJN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pasukan doktor yang merawat bekas Perdana Menteri itu berpuas hati dengan hasil pemantauan yang dilakukan sejak beberapa hari lalu.
Mahathir dimasukkan ke IJN pada jam 7 malam, 16 Disember lalu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan penuh.
Beliau yang kini berusia 96 tahun pernah mengalami serangan jantung ringan pada 2006.
Pada 2018, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu dirawat di IJN dan pernah dimasukkan ke tempat sama pada 2016 untuk rawatan dan pemerhatian.
Ahli Parlimen Langkawi itu juga telah menjalani dua pembedahan pintasan, yang pertama di Hospital Kuala Lumpur pada 1989 dan yang kedua di IJN pada 2007.