Pulau Pinang siap siaga mempertimbangkan permohonan lesen tanah pendudukan sementara (TOL) sekiranya perlu bagi tanaman bijirin sebagai salah satu alternatif tampung kekurangan bekalan makanan yang sedang melanda negara tatkala ini.
Menurut Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow, kerajaan negeri senantiasa menggalakkan aktiviti pertanian mahu pun penternakan di Pulau Pinang.
“Boleh dikatakan permohonan tanah TOL kepada kerajaan negeri memang ada bagi maksud pertanian. Walau bagaimana pun majoriti darinya adalah bagi tanaman buah-buahan.

“Oleh kerana tempoh pegangan tanah TOL hanyalah bagi tempoh setahun demi setahun, adalah tidak sesuai bagi tanaman buah-buahan kerana ia adalah jangka masa panjang.
” Namun begitu, sekiranya terdapat permohonan bagi maksud pertanian yang lain, maka ia akan dipertimbangkan,” ujar beliau.
Kon Yeow yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi turut berkata, tahap sara diri atau SSL bagi tanaman bijirin dan juga ternakan seperti ayam serta khinzir masih lagi tinggi di Pulau Pinang.
Baca juga: Jika diberi kepercayaan Chow Kon Yeow sedia pikul jawatan KM untuk penggal kedua