Ramai kaum ibu memberitahu mereka membelikan anak remaja lelaki mereka deodoran untuk menghilangkan bau badan.
Malah, ada yang membiasakan anak mereka menggunakan produk itu seawal sekolah rendah lagi.
Bagi Sakina Raadiyah, setiap hari beliau yang ‘alergik’ bau ketiak akan mengingatkan anak lelaki sulungnya Darjah 6 supaya memakai deodoran.
“Anak dah faham dah, bersiap pergi sekolah siap datang beritahu, ‘okay ummi abang dah siap, deodoran pun dah pakai’.
“Nampak simple tapi memang kena ajar. Lagi-lagi dah nak menjangkau ke alam remaja, bau badan dah mula ada,” katanya.
Hal sama dilakukan Kasmanira Yusuf yang sudah membelikan deodoran untuk anak lelaki sulungnya yang berumur 12 tahun selepas mengesan bau busuk di uniform sekolah anaknya.
“Saya pesan pada dia kena biasakan pakai, hormon dah berubah. Kita nak selesa dengan orang, begitu juga orang nak selesa bila duduk atau lalu berhampiran kita,” ujarnya.
Begitu juga Azie Azah yang menegaskan pentingnya keluarga melatih anak masing-masing memakai deodoran seawal masuk sekolah menengah.
Sementara itu, Nor Asyikin Md Japlus pula menceritakan bagaimana beliau berasa amat tidak selesa semasa bersarapan roti canai apabila pelayan lelaki Melayu yang mengambil pesanan makanan mempunyai bau badan.
Menurut Noraini Abd Samad pula, sebagai guru beliau juga mengingatkan pelajar Tingkatan 2 di kelasnya untuk memakai deodoran.
“Sebab kuat betul baunya. Tapi, pesanan itu saya buat secara umum supaya setiap orang mesti pakai deodoran,” katanya.
Faktor perubahan hormon yang menjadi antara punca bau busuk pada ketiak turut dibangkitkan
Nurlaila Rosli.
Beliau mendakwa semburan pewangi belum cukup mampu menghilangkan bau badan anak remajanya sebaliknya deodoran yang bersesuaian lebih berkesan.
“Bila bagi tu (deodoran), kena bodek sikit, cakap kena rajin pakai sebab ibu dah beli mahal ni. Bukan apa, cover tak nak cakap terus terang sebab mereka ada bau. Bimbang sensitif dan malu pula.
“Insyaallah, dia semangat nak pakai dan hilang masalah bau. Begitulah tips dari mak ada anak remaja,” tambahnya lagi.

Baca juga Mengapa resah perhati dari jauh? Ini pengalaman warganet ketika orang tersayang sedang lena
Baca juga Cara mudah untuk elakkan kereta bahang semasa waktu panas terik