Pihak gomen tebuk atap melalui YB Menteri KDN telah memfailkan usul di bawah seksyen 4 (11) Akta Sosma 2012 bagi melanjutkan pemakaian seksyen 4 (5) Akta Sosma sekaligus melanjutkan juga pemakaian Akta Sosma.
Pihak pembangkang termasuk Parti Amanah Negara menentang sekeras-kerasnya Akta Sosma itu kerana kezalimannya amat jelas dan terlalu katara.
Di pihak Parti Amanah, YB Pulai (Datuk Seri Salahudin Ayub), YB Shah Alam (Khalid Samad) dan saya sendiri telah berbahas dan memberikan hujah-hujah kami sama ada hujah ‘aqli atau hujah naqli. Boleh lihat video klip ucapan saya.
Saya juga telah menulis sebuah artikel yang agak panjang di dalam bahasa inggeris mengenai mengapa kami membantah Sosma dan alhamdulillah telah diterbitkan di Malaysiakini.
Tanpa kami duga, parti ehem yang mendakwa depa adalah sebuah parti Islam dan menjadikan al-Quran, al-sunnah, ijma dan qiyas sebagai rujukan utama depa, boleh, dengan tanpa rasa malu dan rasa bersalah, menyokong penuh usul Sosma tersebut sedangkan depa selalu baca ayat Al-Quran yang melarang hatta untuk kita cenderung kepada kezaliman kerana nanti akan disambar api neraka!
Yang lebih membingungkan lagi YB Nik Abduh (Pas- Bachok) bukan sahaja sokong malahan hingga sanggup bagi dalil agama untuk membela dan menyokong Sosma. Malangnya, seingat saya, kita tak dengar sepotong ayat al Quran dan sebuah hadith pun yang dipetik untuk menyokong hujah dia.
YB Shah Alam telah memberi hujah-hujah beliau bagi menyangkal alasan rapuh dan alasan lemah YB Nik Abduh. YB Presiden AMANAH juga telah bangun dan ibarat “mengamuk sakan” ke atas tindakan YB parti ehem itu.
Saya sendiri minta agar YB parti ehem itu bukalah kopiah sebab memalukan!
Di sini, saya nak tanya sikit pada YB parti ehem tersebut soalan berikut:-
“Katakanlah, untuk tujuan berhujah, alasan anda menyokong Sosma itu diandaikan ada asas yang kuat, kenapa semasa Kerajaan BN/Umno pi pinda Sosma hingga jam 3 pagi dulu tu, anda dan parti ehem menentang Sosma itu?
“Kenapa anda tak pula guna hujah yang anda beri sekarang ini pada masa itu – bila anda (masa itu jadi YB Pasir Mas) dan parti anda menolak Sosma!
Maaf YB. Saya yakin sepenuhnya sekiranya arwah ayahanda anda ditakdirkan masih hidup, arwah – saya yakin dan percaya – tidak akan sama sekali menyokong Sosma yang zalim itu.
Setakat pengalaman saya bersama arwah Tok Guru masa dalam parti ehem, dalam isu perundangan seteknikal seperti Sosma ini, arwah lazimnya akan mendengar pandangan para peguam misalnya.
Saya tahu itu sebab saya masih ingat ada beberapa kali arwah Tok Guru bertanya saya sendiri dalam isu seperti ini.
والله اعلم.