PRU-5: PH berada di depan selepas 2 jam pengundian ditutup

Oleh BORHAN AHMAD

Selepas dua jam pusat pengundian ditutup, maklumat tidak rasmi mendapati Pakatan Harapan mendahului dengan mendapat lebih 40 kerusi.

Menurut portal MyUndi, GPS 24 kerusi, BN 12 kerusi manakala PN 9 kerusi.

Bagaimanapun ia semua keputusan tidak rasmi yang tidak boleh disahkan.

Pakatan Harapan membuka pusat penjumlahan undi di hotel Dorset Grand Subang. Wartawan memenuhi pusat penjumlahan ini di mana pemimpin PH akan berkumpul. (gambar atas).

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mendahului lawannya di Tambun. Sehingga jam 8.20 tadi, Anwar mendapat 3616 undi, PN (2364) manakala BN 1137 undi.

#image_title

Calon PH di Gombak, Datuk Seri Amiruddin Shaari juga mendahului lawannya termasuk Datuk Seri Azmin Ali di Gombak.

Calon PH di Bagan Datuk juga dikatakan mendahului lawannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.