Bila dah nak menghampiri bulan Syawal maka mulalah orang ramai berpusu-pusu mahu menukar wang untuk diberikan kepada sanak saudara sebagai duit raya.
Menerusi Facebook, Eja Izuaf membuka khidmat menukarkan wang besar di bank untuk dijadikan duit raya.
Proses penukaran duit ini mengambil masa selama empat sehingga lima jam dan Eja mengambil upah sekitar RM5 untuk setiap RM100 yang ditukar.
“Waktu menunggu di bank empat sehingga lima jam ya untuk penukaran, upah RM5 setiap RM100 wang yang ditukar untuk cas waktu menuggu saya di bank,” katanya.
Eja turut memaklumkan akan mendahulukan individu yang membuat bayaran penuh sehingga habis stok.
Khidmat ini sangat sesuai buat orang ramai yang mempunyai masa lapang malah dapat menambah duit poket menuju ke hari Raya Aidilfitri.
Baca juga: “Bila isteri aku disahkan kena HIV, aku terus tuduh dia curang dengan laki lain, aku nekad..”