Remaja habiskan wang simpanan ibu sampai tinggal 32 sen, siap belanja rakan beli ‘online game’

Oleh KIM SYAZIE

Seorang gadis 13 tahun dari China nekad mencuri kad debitnya ibunya sebelum membelanjakan 449,500 yuan (RM290,000) hanya dalam tenpoh empat bulan.

Kesemua duit itu dibelanjakan untuk membeli permainan mudah alih tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Ibu remaja yang mahu dikenali sebagai Wang hanya, mengetahu mengenai kejadian tersebut selepas dihubungi guru sekolah anaknya.

Lebih mengejutkan, Wang mendapati hanya tinggal 0.5 yuan (0.32 sen) dalam akaun banknya selepas anak perempuannya berbelanja, lapor media China Elephant News.

Dalam video tular tersebut, Wang dilihat menangis ketika dia menceritakan rasa terkejut apabila melihat beberapa halaman transaksi yang dibuat.

Apabila bapa gadis menyoalnya tentang perbelanjaan itu, dia mengaku membelanjakan 120,000 yuan (RM77,620) untuk permainan.

Manakala 210,000 yuan (RM135,836) untuk pembelian dalam permainan dan 100,000 yuan (RM64,684) lagi untuk membeli permainan untuk sekurang-kurangnya 10 rakan sekelasnya.

Gadis itu berkata dalam video itu bahawa dia enggan membayar untuk rakan sekelasnya tetapi mengalah apabila mereka terus mengganggunya.

Ketika disoal tentang duit, anak Wang memaklumkan tidak tahu berapa jumlah dalam kad, malah tak sedar itu adalah dana ibu bapanya sendiri.

Remaja itu mengetahui laluan kad kerana ibunya pernah memberikannya kepada gadis itu sekiranya dia memerlukan wang ketika tiada sesiapa di rumah.

Tidak mahu kantoi, remaja tersebut juga memadam semua rekod transaksi pada telefon bimbit Wang dan hanya sedar akan kejadian itu selepas dimaklumkan guru anaknya.

Baca juga: “Ada orang ada hari bodohnya, saya risau Leona ni jenis hari-hari bodoh” – Azhar Sulaiman