Anggur selalunya di tanam di negara empat musim, jadi proses ini agak sukar dijalankan di negara Malaysia yang beriklim panas.
Namun dengan kaedah yang sesuai dan penjagaan rapi, anggur kini sudah mula ditanam di beberapa kawasan di Malaysia.
Menurut Berita Harian, salah seorang pekebun, Tan Soon Huat, berjaya menanam 25 jenis anggur di Kampung Baru Padang Lembu, Gurun, Kedah.
“Saya mahu pastikan anggur di sini lebih manis dan teksturnya lebih baik daripada negara asal. Kebun saya sudah mengeluarkan buah yang hampir setanding dengan negara asal.
“Anggur jenis shine musket dari Jepun kini hanya didapati di pasar raya besar di ibu negara dijual dengan harga antara RM500 hingga RM600 sekilogram (kg),” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Anggur shine musket ini adalah ikon di Jepun disebabkan itu harganya begitu mahal berbanding jenis dari China, Taiwan dan Korea harganya jauh lebih murah.
“Di kebun saya ada 80 pokok anggur jenis shine musket dan sudah empat kali dituai. Cuma saya belum jual lagi. Sebelum ini ada tanam anggur premium itu tapi semua kurang menjadi.
“Justeru, saya mahu terus buat penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk pastikan anggur di sini kurang biji, buahnya manis dengan saiz serta bentuk menarik.
“Saya sudah berjaya hasilkan anggur tiada biji dan rasa manis cuma saiznya tidak sekata. Saya yakin kita mampu hasilkan kualiti setanding di Jepun,” tambahnya.
Antara anggur ditanam seluas satu hektar di kebun Tan ialah dari jenis kyoho (Jepun), golden musket, black beauty dari Israel dan sweet sapphire dari California, Amerika Syarikat.
Baca juga: Buang nama bin/binti anak masa daftar, rupanya dah ramai orang buat