Berlemak siap ada telur! Anak nelayan ini ajar cara pilih ketam ‘berisi’ dengan betul

Oleh WAN SITI AMINAH

Jarang ditawarkan dengan harga murah, makanan laut terutamanya ketam adalah hidangan yang digemari oleh orang ramai.

Mempunyai rasa enak dan juga unik, ketam yang paling diburu pembeli tentunya yang mempunyai isi yang banyak dan padat.

Situasi yang jarang berlaku, peminat makanan laut juga pasti menyimpan hasrat untuk mendapatkan ketam yang mempunyai telur.

Jika anda berhasrat untuk membeli ketam yang berisi dan bertelur, boleh ikuti petua yang dikongsi oleh anak nelayan, Siti Aminah Yousoff ini.

1. Berat

Berbanding saiz, pembeli perlu membeli ketam berpandukan pada berat ketam. Ketam yang berat dipercayai mempunyai isi yang lebih banyak.

“Semasa memilih, pastikan ketam yang dipegang itu berat. Tidak mengapa jika kecil, yang peting ketam itu berat,” kata Aminah.

2. Pilih ketam betina (ada telur)

Jika mahu menikmati telur ketam, tentulah pembeli perlu memilih ketam berjantina betina berpandukan ciri luaran pada badan.

“Bentuk segi tiga pada badan ketam jantan lebih kecil berbanding betina. Jadi, kalau mahu ketam isinya padu dan banyak telur, pilihlah ketam betina,” tambahnya.

3. Warna bahagian bawah ketam

Seterusnya, untuk memastikan ketam yang dipilih itu mempunyai telur, pembeli boleh melihat warna kulit di bahagian bawah.

“Lihat pada kawasan bertanda bulatan merah. Pastikan kawasan tersebut berwarna kuning atau oren.” Ulasnya.

Tips berguna itu dikongsikan Aminah menerusi satu hantaran yang tular di laman Facebook.

Baca juga: Kecoh pelakon ‘hilang’ di Manila, rupanya hanya taktik pemasaran