Guru rakam diri buat ‘spotcheck’, siap makan gummies undang tak selesa warganet

Oleh KIM SYAZIE

Tular seorang guru dengan pengikut lebih sejuta di TikTok memuat naik video dirinya melakukan ‘spotcheck’ tanpa kehadiran murid.

Ini mengundang tak selesa bagi yang melihat dan tertanya sama ada ia boleh dilakukan tanpa kehadiran murid lain.

Seorang pengguna Twitter, @amuse_gueule mempersoal tindakan guru terbabit yang terlihat tidak profesional.

“YBM, saya terima video ini melalui WhatsApp. Guru sedang meneliti perkara muridnya dan menyiarkan video mengenai perkara ini.

“Saya tidak tahu apa nama profilnya di TikTok tetapi cikgu memakai tali sekolah sebenar,” ujar pengguna Twitter tersebut.

Lebih mengejutkan di akaun TikTok jelas terpampang muka anak muridnya, dan dikhabarkan bahawa guru tersebut berada di sekolah swasta.

Ada juga yang menyatakan video tersebut hanya sekadar ‘product placement’ dan dia dibayar untuk video tersebut.

Sehingga kini masih tidak pasti sama ada guru tersebut berkerja di Malaysia ataupun Singapura.

Baca juga: Budak ‘intern’ pergi kerja guna duit bukan air kolah masjid, munasabahlah jika tanya soal elaun