Gempar! Kakak dedah gaji Asif Suhaimi diguna bapa untuk berjudi, beli dadah

Oleh KIM SYAZIE

Kakak kepada selebriti media sosial, Asif Suhaimi iaitu Siti Nur Atina membuat satu pendedahan yang mengejutkan di media sosial.

Keterlaluan, Siti Nur Atina mendakwa bapa Asif menyalah gunakan gaji anaknya yang menghidap autisme itu untuk kegiatan haram.

Pernah menghisap dadah di depan Asif, lelaki itu juga sanggup menggunakan duit anaknya untuk membeli bahan terlarang itu.

Lebih dahsyat, lelaki yang dikenali sebagai Suhaimi itu juga dikatakan pernah memanfaatkan hasil kerja keras anaknya untuk berjudi.

Sudah lama menjaga aib, perkara itu terpaksa dibongkar setelah Siti Nur Atina dituduh menyonglap gaji Asif oleh bapanya.

Menurut Atina, Asif menerima bayaran sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM7,000 daripada Syahmi Sazli Production Sdn. Bhd.

Tidak mahu disalah guna, Atina kemudian hanya menyerahkan sebahagian daripada wang itu iaitu RM4,000 kepada bapa Asif.

Wang selebihnya berjumlah RM3,000 disimpan Atina untuk membeli barang keperluan dan makanan buat pemilik nama Mohamad Asyiff Suhaimi itu.

“Lama Kak Tina simpan, lama aku jaga aib abah sendiri. Tapi hari ini dah tak mampu lagi. Minta maaf, makin hari makin teruk perangai.

“Kenapa tak bagi abah 100%? Kalau tanya jiran sekeliling, anak beranak, sepupu sepapat semua tahu abah macam mana.

“Sebab tahu kalau dapat kat Suhaimi (bapa Asif) memang takkan nampak hasil. Hasil dia duk pening dengan kuda (dadah) dalam bilik,” dakwanya.

Menyita perhatian ramai, kenyataan itu dikongsi Atina menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Baca juga: Pengemis warga asing buat hal! Berani tolak kerusi kedai makan selepas tak dilayan