Zaman dulu selalunya mak akan bekalkan makanan untuk jimatkan duit, ada yang bawa nasi goreng, malah bawa roti coklat pun ada.
Tak kiralah apa bahan yang mak bekal, paling penting adalah usaha mereka dalam memastikan anak cukup makan.
Tular baru-baru ini mengenai pelakon Nabila Huda yang membekalkan anaknya daging wagyu, umum tahu harga daging tersebut adalah mahal.
Disebabkan hantaran tersebut netizen mula mengimbas kembali kenangan di bangku sekolah.
“Aku dulu beli nasi lemak dekat kawan sebab nenek dia jual sarapan pagi. Hari-hari kirim dekat dia, rindu pula.
“Dulu mak aku buat bekal spaghetti goreng, jadi aku kongsi dengan kawan-kawan masa sekolah agama. Nikmat.
“Setiap ibu bapa mesti nak bagi yang terbaik buat anak-anak, tapi kena ikut kemampuan dan poket juga. Anak saya dapat telur pun gembira,” antara komen netizen.
Tak kisahlah makanan apa, kadangkala yang penting itu adalah air tangan ibu, itu penyebab makanan lebih sedap.
Baca juga: Pengemis warga asing buat hal! Berani tolak kerusi kedai makan selepas tak dilayan