‘Ingat malaikat maut’, netizen meremang lihat ‘lembaga’ hitam tinggi di ICU

Oleh KIM SYAZIE

Apabila berada dalam keadaan sakit dan kepenatan, pastinya ada masa kita akan terasa seperti sedang berhalusinasi hingga terlihat seperti ada lembaga.

Seorang pengguna TikTok, @ssyazwanieee._ terkejut melihat lembaga hitam ketika sedang berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ujarnya waktu video tersebut dirakam adalah sekitar tiga pagi dan tiada pelawat atau waris dibenarkan dalam kawasan tersebut.

@ssyazwanieee._

Replying to @tanjirou.123 ni vd ori ye guys. Sy tk dpt nk explain byk sbb time tu sy dalam keadaan memakai alat oksigen. sy hanya sempat record vd tu dalam 4s sbb sy berapa di wad emergency. Di wad emergency dilarang merecord vd atau pon mengambil gmbr. Sy record vd ni diam ii for my mom. btw time pukul 3 pagi so mmng tkde pelawat dibenarkan masuk kecuali doktor dan pesakit sahaja. Sy pon tk sedar dngn keberadaan benda hitam tu sbb time tu sy dalam keadaan tidak bertenaga. I’m sorry guys because tk dapat nak explain lebih sy pon time tu tk sihat. tapi sebelah benda hitam tu ad sorg pakcik yg perlu dibawa ke icu sbb oksigen dia drop. I’m really sorry sbb tk dpt nk terangkan lebih lagi. Btw guys THANKS FOR 5M view for that video.

♬ original sound – Ssyaaaaaa – Ssyaaaaaa

Netizen pada mulanya menganggap lembaga tersebut adalah malaikat maut namun ada yang menyatakan ia hanyalah orang memakai serba hitam.

Tidak dapat dipastikan sama ada ‘lembaga’ tersebut adalah manusia atau makhluk halus kerana video terlalu pendek.

Baca juga: Sengaja tak bagi cukup duit mas kahwin, lelaki ceraikan isteri talak tiga lepas sah akad nikah