Walau cuma anak petani, gadis bertuah dilamar dengan mas kahwin lebih RM300,000

Oleh KIM SYAZIE

Walaupun cuma berstatus anak petani, siapa sangka gadis yang hidupnya serba sederhana ini akhirnya dilamar lelaki kaya raya yang menawarkan mas kahwin bernilai RM311,145.

Berita menggembirakan yang berlaku di Jakarta Indonesia itu mendapat perhatian orang ramai kerana menerima lamaran seorang lelaki yang menetapkan mas kahwin berjumlah 1 bilion rupiah (RM311,145), lapor laman berita Merdeka.

Wanita dikenali sebagai Nurmainna itu dilamar oleh lelaki bernama Fitra Yudi. Dia menetapkan jumlah mas kahwin tersebut di samping sebuah rumah dua tingkat berharga 4.5 bilion rupiah (RM1.4 juta), 40 gram emas serta telefon bimbit jenama iPhone.

Majlis pertunangan graduan sarjana kedoktoran daripada Universiti Halu Oleo di Kendari itu berlangsung pada 18 Jun lalu.

Pengacara majlis pertunangan, Athy Lowa mengesahkan nilai mas kahwin tersebut selepas ia tular dan menjadi buah mulut orang ramai sambil menambah, dia merupakan anak saudara Nurmainna.

“Benar maklumat itu. Kebetulan, saya adalah pengacara majlis tersebut yang juga mempunyai talian persaudaraan dengan Nurmainna,” katanya.

Nurmainna merupakan anak kepada seorang petani, Abidin, manakala ibunya, Rapida, menjalankan perniagaan sendiri.

Bakal suaminya pula merupakan pemilik sebuah syarikat serta calon anggota badan perundangan Kolaka Utara

Baca juga: Terkejut tengok keadaan terkini ‘Comel Tak Kak Ton’, “Patutlah dah lama tak nampak”