Percaya atau tidak, penduduk sebuah kampung berjaya meraih pendapatan melebihi RM13,000 sebulan dengan hanya menangkap cicak tokek.
Merupakan pekerjaan bermusim, penduduk kampung itu sebenarnya telah menjalankan perniagaan tersebut selama lebih dari 30 tahun.
Difahamkan, pekerjaan yang menguntungkan itu hanya dilakukan pada musim panas sahaja iaitu antara bulan Mac sehingga Julai.
Hanya ditugaskan untuk menangkap, masyarakat setempat kemudian menjual reptilia tersebut kepada kumpulan pemprosesan.
Bakal dieksport untuk kegunaan rakyat negara China, cicak tokek tersebut akan melalui proses pengeringan terlebih dahulu.
Kumpulan pemprosesan akan membuang organ dalaman kemudian membersihkan badan cicak tokek itu sebelum dikeringkan di atas kayu selama semalaman.
Kononnya mempunyai khasiat tersendiri, cicak tokek yang dieksport itu bakal dijadikan ramuan dalam perubatan tradisional Cina.
Berpusat di wilayah Nakhon Phanom, kampung terlibat ialah Kampung Ban Tal Thai yang terletak negara seberang, Thailand, lapor Kosmo!.
Menjana pendapatan kira-kira 100,614 baht (RM13,371) sebulan, penduduk akan dibayar sebanyak 30 baht (RM4) hingga 40 baht (RM5.30) seekor.
Manakala cicak tokek yang telah diproses kering pula akan dijual pada harga antara 50 baht (RM6.60) hingga 60 baht (RM8) seekor.
Baca juga: Kagum tengok beruk ini tekun jaga bayi, siap lari panggil tuan bila menangis