Semakin banyak kes curang berlaku dalam kalangan pasangan suami isteri masa kini, malah pelbagai taktik dilakukan agar diri tidak kantoi.
Seorang wanita memuat naik hantaran di Facebook Cinta Suami Isteri, dia meluahkan mengenai suaminya yang sanggup beli rumah buat si penyondol.
Pada mulanya wanita tersebut hairan melihat terlalu banyak nama lelaki dalam telerfon suaminya namun tidak pernah mengesyaki apa-apa.
Segalanya terbongkar bermula hujung tahun lepas apabila mereka pergi ke kawasan yang internet agak perlahan.
Si suami kelihatan resah kerana tidak dapat menghubungi wanita simpanan dan akhirnya wanita tersebut menerima gambar pasangan itu.
Malah sebuah rumah turut di beli agar senang untuk berjumpa dan jelas si lelaki banyak menipu dengan pelbagai alasan untuk pulang lewat ke rumah isteri.
Wanita tersebut pada mulanya pelik nama yang dalam senarai disekat adalah lelaki namun gambar di profile adalah seorang perempuan.
Di situlah dia menyaksikan kecurangan suami, malah si lelaki tersebut siap memberi amaran kepada wanita simpanan untuk tidak menghubungi ketika dia di rumah.
Pelbagai cara dilakukan untuk memyembunyikan perbuatan keji namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga.
Baca juga: Kagum tengok beruk ini tekun jaga bayi, siap lari panggil tuan bila menangis