Zaman sekarang ini, duit terkoyak sikit sudah tak diterima apatah lagi kalau penuh tulisan seperti wanita ini.
Namun kealpaan untuk menyemak dahulu wang diterima semasa menghantar barang menyebabkan wanita itu terpaksa menerima duit dengan tulisan.
Bimbang ia adalah benda khurafat, seorang wanita menerusi TikTok @sizulaika bertanya pendapat warganet mengenai duit tersebut.
Rata-rata warganet menyatakan ia adalah ibu duit, dan perlu berada dalam dompet serta tidak boleh digunakan tapi ramai juga yang takut nak baca sampai habis.

Menurut Facebook Mahabbah Illahi, ibu duit adalah sekeping duit yang diisikan dengan wafaq, ayat Quran serta zikir dan digunakan sebagai ikhtiar untuk menarik rezeki.
Baca juga: Pernah tular sebab minta selipar sahaja masa nikah, bekas isteri kantoi curang dengan 5 lelaki