Bergelar usahawan, isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanafiah rela memenuhi keinginan suami untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
Watie juga dipertanggungjawab untuk menjaga empat orang anak Shuib dari perkahwinannya sebelum ini bersama penyanyi, arwah Siti Sarah Raisuddin.
Menurut pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah, perkara itu telah lama dibincang dan dipersetujui dari awal perkenalannya dengan duda tersebut.
“Dari awal lagi dia (Shuib) dah cakap untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Jadi saya ambil keputusan untuk fokus besarkan anak-anak,” katanya.
Mengulas lanjut, Shuib mengakui tidak mahu isteri terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.
Terutama anak sulung Shuib iaitu Uwais yang sudah meningkat remaja dan perlukan kasih sayang serta belaian dari insan bernama ibu.
Namun Shuib mengakui akan menggunakan khidmat isteri yang baru dinikahinya itu untuk mempromosikan perniagaan mereka.
Kerana Shuib yang bergelar ahli perniagaan berjaya itu bakal melancarkan beberapa projek besar yang memerlukan kerjasama dari isteri.
“Saya akan minta tolong dengan dia juga untuk buat marketing sedikit. Tapi selebihnya saya mahu dia fokus kepada keluarga, kepada anak-anak.
“Sekarang Uwais dah nak masuk ke alam remaja. Jadi sekarang dia perlukan sentuhan kami (kedua ibu bapa),” jelas Shuib.
Sah bernikah pada Jumaat lalu, pasangan romantis itu memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi berbulan madu.
Mereka juga akan mengunjungi negara Turkiye tidak lama lagi untuk bercuti bersama anak-anak.
Baca juga: Akhirnya Malaysia diiktiraf dunia, tersenarai sebagai negara Islam paling ‘perform’