Ibu mentua kejam tak benar buka aircond, menantu hampir gugur sebab cuaca panas

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita mengalami detik cemas kerana hampir keguguran apabila ibu mentua tidak benar buka penyaman udara walaupun cuaca terlalu panas.

Memetik laporan Qingdao, wanita dari wilayah Guangdong di selatan China itu tinggal bersama ibu mentua selepas disuruh suami untuk berhenti kerja.

Suhu yang mencecah 38 darjah celcius pada 10 Jun lalu menyebabkan wanita itu tekad membuka penyaman udara sebelum dihalang ibu mentua.

Alasannya adalah wanita itu tidak layak mendapat keselesaan kerana segala bil dibayar anak lelakinya.

Akibat cuaca terlalu panas, wanita tersebut mula berpeluh dan tidak dapat bernafas dengan baik malah terpaksa menghubungi talian kecemasan.

Setelah menerima rawatan, doktor memaklumkan bahawa dia boleh mengalami keguguran jika dia tidak dirawat dengan segera.

“Saya panik dan takut. Saya tidak akan memaafkannya dan saya akan pindah,” ujarnya seperti dipetik South China Morning Post.

Baca juga: Walau cuma anak petani, gadis bertuah dilamar dengan mas kahwin lebih RM300,000