“Saya marah cakap dia derhaka…” Wanita dapat pencen RM400k kecewa anak berhenti bagi duit belanja

Oleh KIM SYAZIE

Tidak salah untuk memberi duit bulanan buat ibu bapa yang membesarkan kita namun sebagai orang tua, mereka perlu memahami keperluan anak.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas anaknya berhenti menghulurkan duit selepas mendapat pencen lebih RM400,000.

Luahan wanita tersebut dimuat naik di akaun Facebook Kisah Dunia, anaknya memaklumkan perlu menggunakan duit untuk kegunaan peribadi.

“Hidup anak saya jadi susah bila isteri dia tak bekerja sampai terpaksa berhenti bagi duit bulanan kepada saya sebagai ibu.

“Saya masih bersuami tapi dia perlu perbelanjaan sendiri juga. Saya sedih dan sakit hati dengan anak sulung saya.

“Saya marah-marah dan cakap dia anak derhaka. Tak bau syurga buat ibu macam ini. Anak lain semua bagi cuma dia (anak sulung) berubah hati,” ujarnya.

Wanita tersebut juga menyatakan bahawa anaknya berubah kerana isteri malah tidak berkenan dengan wanita berstatus janda itu.

“Lepas itu dia terus sekat saya. Mungkin isteri dia yabg menghasut anak lelaki supaya block.

“Saya dari dulu tak berkenan dia kahwin janda anak satu, jadi bebanan pada dia,” tambahnya lagi.

Rata-rata warganet menasihati si ibu untuk belajar bersyukur malah berharap untuk tidak jadi sepertinya.

“Astaghfirullahalazim.. Kasihannya nasib anak tu, semoga sang ibu tahu erti bersyukur,” komen Ummi Shah.

“Tak tahulah cerita makcik ni betul ke tak, saya selalu cakap dengan anak rajin belajar, esok kerja asal semua senang syukur alhamdulillah.

“Untuk mama dan ayah, jangan risau insyAllah dengan pencen kami mampu sara hidup dengan baik. Anak senang hati ibu bapa pun senang,” tambah Nadrinahwati Ag Masri.

Baca juga: Bijak ambil peluang, guru Kimia ini berjaya jadi wanita ke-97 paling kaya di dunia