Minta bergambar dan bersalam, Ara Johari jadi mangsa serangan seksual ‘peminat’

Oleh KIM SYAZIE

Sebagai artis pastinya ramai akan cuba melayan peminat yang selama ini menyokong kerjaya seni mereka.

Namun sikap peramah artis boleh menjadi punca ‘peminat’ berani melampaui batas mereka.

Penyanyi Ara Johari berdepan detik cemas selepas jadi mangsa serangsan seksual lelaki tidak dikenali di Negeri Sembilan.

Menerusi Instagram story, Ara memaklumkan tangannya telah dicium berkali-kali dengan rakus seorang lelaki yang mulanya disangka sebagai peminat.

“Semalam ada seorang lelaki datang untuk bergambar dengan saya. Ketika itu ada pengurus dan ibu saya.

“Selepas ambil gambar, dia tiba-tiba hulur tangan untuk bersalaman,” ujar Ara di Instagram.

Namun lelaki bertindak diluar dugaan selepas dia menarik dengan kasar tangan penyanyi tersebut sebelum cium sebanyak dua kali dengan bersungguh-sungguh.

Disebabkan terkejut dengan tindakan lelaki terbabit, Ara cuba melepaskan diri, namun gagal kerana tangannya digenggam dengan kuat.

Ketika lelaki itu cuba melarikan diri, Ara dikatakan menjerit dengan kuat sehingga menarik perhatian orang awam yang ada di lokasi kejadian.

Hasil bantuan orang ramai, lelaki terbabit berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Baca juga: E-Dompet belia bermula jam 8 pagi tadi