Pastinya ramai memilih untuk ambil sebuah rumah ketika melancong bersama keluarga besar dan segalanya kini boleh ditempah dalam aplikasi atas talian.
Kebersihan adalah salah satu perkara penting semasa memilih rumah untuk tapi adakah kita juga kekal menjaga aspek tersebut sebelum keluar.
Pemilik Airbnb, Irwan Nurul berkongsi kisah mengenai tetamu wanita yang menyewa rumahnya selama tiga bulan di Facebook.
Malah mereka turut menyediakan servis pembersihan sebulan sekali dan setiap kali berkunjung keadaan rumah mereka amat mengecewakan.
Walaupun sudah ditegur, keadaan masih sama dan hinggalah tiba waktu wanita tersebut untuk daftar keluar, pemilik memaklumkan untuk tinggal rumah seperti keadaan asal.
Tetapi apa yang mereka lihat sangat mengejutkan, segalanya kucar kacir malah tuala wanita dibiarkan merata dan sampah tak di buang.
Tapi disebabkan pemilik mempunyai insurans sebagai host, segala masalah seperti kerosakan atau rumah ditinggal kosong boleh berhubung terus dengan pihak Airbnb.
Segala bukti telah direkod pemilik dan diberi kepada pihak Airbnb untuk menyenangkan proses ganti rugi.
Ketika tetamu dihubungi untuk membayar ganti rugi, wnaita tersebut menolak dan akhirnya pihak Airbnb membuat pembayaran.
Baca juga: Modal RM2 tapi menang RM41 juta, suri rumah tak lena tidur lepas jadi jutawan