Sentuh tapak sulaiman, pijak terumbu karang, pelancong China mungkin dipenjara

Oleh KIM SYAZIE

Pastikan anda kaji dahulu aktiviti yang ada mahu lakukan semasa melancong terutamanya jika bukan di negara sendiri.

Tiga pelancong dari China mungkin berdepan hukuman penjara dua tahun dan denda 100,000 baht (RM13,092) setiap seorang.

Menurut VN Express, kesalahan mereka adalah menyentuh tapak sulaiman dan memijak terumbu karang ketika melancong ke Thailand

Dua pelancong bagaimanapun telah mengakui kesalahan dan menyerah diri kepada polis manakala lagi seorang masih bebas lapor The Phuket News.

Pelancong tersebut adalah sebahagian daripada sekumpulan pelancong yang menyelam di pulau Koh Racha, Phuket minggu lepas.

Gambar mereka memegang tapak sulaiman dan memijak terumbu karang telah dimuat naik di laman Facebook Monsoon Garbage Thailand.

Kes tersebut menjadi tular dengan pantas, dan banyak pihak mendesak pihak berkuasa menyiasat insiden tersebut.

Menurut undang-undang Thailand, sesiapa yang merosakkan atau mengganggu terumbu karang atau hidupan marin berdepan denda 100,000 baht (RM13,092) atau hukuman penjara dua tahun.

Baca juga: “Jangan cakap dia buat Haji” – Warganet terkedu lihat wanita sibuk menari di Mekah, jadikan ‘content’ TikTok