Jijik! Jual patung seks kanak-kanak ‘online’ pakai baju sekolah, pembeli siap komen puas hati

Oleh KIM SYAZIE

Tular baru-baru ini mengenai alat mainan dewasa dijual dalam e-dagang, lebih menjijikkan patung tersebut menyerupai badan kanak-kanak.

Hal tersebut dimuat naik pengguna akaun Twitter yang terkejut akan hal tersebut malah komen pembeli lebih memualkan.

“Kawan aku terjumpa alat patung mainan (tak salah pun) masa tengah lihat barang di S (nama aplikasi) tapi apa yang salah ialah patung seks menyerupai kanak-kanak.

“Cuba teka populasi mana yang beli, mestilah meleis (melayu). Memang berpuas hati, ini adalah sangat memualkan dan menjijikkan,” ujarnya di Twitter.

Rata-rata warganet turut mengecam tindakan penjual dan pembeli namun meminta pemilik ciapan untuk menyalahkan satu bangsa sahaja.

Baca juga: “Tak tinggal tepi jalan tapi tinggal mak dekat toilet melaka sentral” – Wanita dikecam seronok kongsi aib sendiri