Tular tangkap layar seorang wanita yang mempersoal mengapa tangan dan kaki anaknya bengkak selepas demam.
Apa yang menyebabkan kemarahan ramai adalah kerana dia sanggup memberikan madu kepada anak yang baru berusia lapan bulan.
Madu tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak bawah setahun kerana ia boleh mengakibatkan botulisme atau keracunan serius yang disebabkan oleh bakteria dikenali sebagai clostridium botulinum.

Malah wanita tersebut turut mendedahkan anaknya tidak menerima vaksin malah ketika mengandung juga dia menolak Antitetanus (tetanus toxoid bertujuan melindungi ibu hamil dan anak yang bakal dilahirkan).
Rata-rata warganet berang si ibu sanggup taruhkan nyawa anak hingga sanggup tidak membawanya untuk mendapatkan rawatan.

Baca juga: Jijik! Jual patung seks kanak-kanak ‘online’ pakai baju sekolah, pembeli siap komen puas hati