Usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa menyangkal dakwaan bahawa dirinya telah selamat melahirkan anak kedua.
Menjawab spekulasi, Neelofa berkata bahawa dirinya sebenarnya dimasukkan ke hospital atas nasihat doktor untuk pemantauan kesihatan.
Masih menghitung hari untuk melahirkan anak, kenyataan itu dikongsi menerusi satu hantaran di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi IG ‘Story’, pengacara program Next To Neelofa itu memaklumkan bahawa kesihatannya masih berada dalam keadaan yang baik.
“Salam semua. Alhamdulillah keadaan saya semuanya baik dan masih menghitung hari untuk menyambut anak kedua.
“Ramai yang sangkakan kemasukan saya ke hospital kerana sudah selamat melahirkan.
“Namun saya di hospital beberapa hari atas nasihat doktor dan tujuan pemerhatian kesihatan saya,” tulis isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail.
Berjanji akan berkongsi khabar setelah dirinya selamat bersalin, Neelofa turut meminta orang ramai mendoakan agar urusannya dipermudahkan.
“Insya Allah, kami akan kongsikqn secara rasmi bila sampai waktunya nanti. Mohon semua doakan yang baik-baik,” pintanya.
Spekulasi mengenai kelahiran itu mula timbul setelah suaminya membuat satu pendedahan ketika mengacarakan sebuah program pada Khamis lalu.
“Isteri dah sampai masa nak bersalin, dah masuk wad.” Dakwa Hariz yang mesra dikenali sebagai PU (Pencetus Ummah) Riz itu.
Baca juga: Bapa panik anak hilang, bimbang diculik, rupanya kena jual dengan isteri